Wednesday, September 15, 2010

Umno lawan Perkasa (Bahagian 2) — Sakmongkol AK47

September 15, 2010

15 SEPT — Saya bercakap begini kerana sayang saya kepada Umno tidak kurang daripada sayang setiap tahap pimpinan Umno kepada parti ini. Umno bukan Datuk Seri Najib Razak atau Tan Sri Muhyidin Yassin yang punya. Umno milik orang Melayu yang sokong perjuangan Umno. Kalau tidak betul, lebih elok kita sebut dengan jelas supaya tidak timbul dakwa dan dakwi di belakang hari.

Saya rasa ramai yang sedar, hari ini, Umno suatu jenama yang menjijikkan ramai orang. Kerana kebelakangan ini Umno sudah sinonim dengan pencabulan kuasa, dengan korapsi, dengan kesombongan dan keangkuhan. Umno sinonim juga dengan mengayakan segelintir orang Melayu dan sebagainya. Umno parti politik yang kaya dengan intrigue. Pemimpin naik keatas bukan melalui menawarkan idea yang bernas, tapi melalui tikam menikam, tipu menipu. Itu menjadikan Umno sebuah parti yang ramai kaki tipu.

Akan tetapi, ramai juga yang masih setia dengan Umno kerana yakin bahawa Umno mampu memberi kepimpinan Melayu kepada bangsa Melayu berbanding dengan menawarkan ketuanan Melayu. Because there are many of us who believe that Umno can provide Malay leadership as opposed to Malay supremacy. Presiden Umno sepatutnya cultívate dan mengembelingkan unsur unsur ini bukan melayan karenah haprak Umno.

Kita tahu Presiden Umno banyak personal issues nya, tapi ini semua boleh di atasi jika dia berjaya menawarkan Leadership. Disinilah dimana Najib menggagalkan kita. MEB, NKRA, Transformasi Kerajaan dan sebagainya tidak syak lagi adalah elemen elemen Malay Leadership. Hanya nya, sesudah di istiharkan, ianya tidak disusuli dengan tekad politik.

Lihat sahaja pada contoh bagaimana cara kepimpinan Umno menangani isiu Perkasa. Presiden Umno memberi isyarat yang bercanggah. Saya sudah menghuraikan perkara ini dalam artikel yang terdahulu. Lihat juga contoh kepada isiu sabsidi. Juga Model Eknomi Baru. Setiap kali menghadapi tekanan Presiden Umno berundur dan lentur. Nyata sekali, ia mendedahkan kekurangan tekad politik.

Dalam satu artikel bila saya sebut, kita memerlukan kepimpinan dalam acuan Tun Dr Mahathir Mohamad, ramai orang marah. Tapi mereka tidak faham apa yang saya maksudkan ialah ada nya ciri ciri tegas, berkuat azam dan tidak goyah. Betul atau tidak, kita tahu, sebaik sahaja Dr Mahathir memilih satu course of action, dia tidak akan belok sana dan belok sini. Kita tidak nampak ciri ini ada pada Presiden Umno sekarang.

Stick to your guns Datuk Seri Presiden Umno. Jika DEB sudah berkubur, maka tak perlu cakap mengenai DEB lagi. Ianya secara rasmi sudah tamat pada tahun 1990. Nyatakan dengan terang elemen dan unsur MEB yang boleh membantu orang Melayu. Tunjukkan bagaimana ianya lebih baik dari pendekatan DEB. Pilih para penyuara dan para penjuara yang akan menerangkan dasar pentadbiran Datuk Seri.

Orang Melayu dan rakyat Malaysia hari ini bukan lagi hidup dalam iklim sosial zaman dahulu. Mereka tidak lagi menerima sesuatu secara buta tuli. Mereka mahu di yakinkan dengan penghujjahan dan penalaran( reasoning). Jika kita kata DEB tidak baik, tunjukkan dan yakinkan mereka, aspek mana dasar ala DEB tidak bagus untuk orang Melayu?

Jika Presiden Umno belok sana dan belok sini, ini menunjukkan dia sendiri tidak ada keyakinan keatas agenda dan program nya. Mana mungkin keyakinan tercetus dalam majoriti ahli Umno dan mana mungkin kita mengharapkan keyakinan pada pimpinan Umno yang lain?

Walhal, Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa tidak menawarkan apa apa program dan agenda selain dari teriakan Ketuanan Melayu atau Malay Supremacy. Namun, Umno tidak terlawan slogan tersebut. Kerana pertama, presiden Umno goyah dan goyang. Gagal lagi mengkomunikasi program nya. Tidak mempunyai jurubicara yang menjuarai idea idea nya. Keadaan bertambah payah dan sukar, kerana kepimpinan Umno kurang cerdik dan tangkas.

Kenapa saya berkata demikian? Sebab kalau kita kaji — pada kebenaran nya, apa yang Ibrahim Ali tawarkan ialah appeal kepada emosi. Oleh kerana hujjah Ibrahim bersifat emosi, ianya lansung/direct mencengkam kalbu orang Melayu dan menawan hati mereka. Penghujjahan yang emosional mudah di sampaikan, tidak memerlukan sophistication. Tambahan pula, oleh kerana bahagian emosi dalam otak manusia lebih matang dari bahagian rasional, Ibrahim Ali sudah pun berjumpa dengan lubuk emas.( mother lode).

Berbanding dengan elemen yang mahu di tawarkan oleh Datuk Seri Presiden. Ia memerlukan penghujjahan yang rasional, indirect dan debating sophistication. Ia lebih sukar dan pimpinan Umno yang menebal dengan mentaliti DEB mereka tidak ada ciri ciri ini. Jadi bagaimana mampu mereka menyampaikan mesej Datuk Seri Presiden?

Masaalah nya Umno tidak mampu dan berani melakukan nya. Sebab utama ialah survival Umno dan pimpinan nya bergantung pada dasarnya, diatas memperjuangkan dasar seperti DEB ini lah. Najib telah underestimate betapa dalamya mentaliti DEB telah berakar dalam jiwa orang Melayu. Kerana sangkaan demikian, Najib menganggap mudah sangat untuk memperkenalkan orang Melayu kepada agenda dan program nya yang radikal. Inilah satu kesilapan yang paling besar. Underestimate the depth of the NEP mentality.

Bukanlah suatu yang mudah untuk membenam mentality mendapatkan sesuatu secara percuma. Bukan mudah membenamkan mentality mendapat sesuatu dengan jalan pintas. Bukan mudah untuk membenamkan mentality bahawa hak adalah sesuatu yang di perjuangkan, di usahakan.

Adakah perkara perkara seperti ini di fikirkan oleh Najib atau oleh punahsihat presiden Umno? Ataupun dasar dasar nya di fikirkan oleh firma juru runding tanpa mengambil kira lanskap politik Malaysia?

Dan tidak ada cubaan lansung dari pimpinan Umno untuk menunjukkan di mana letaknya kelemahan DEB. Kenapa? Kerana majoriti pemimpin Umno yang kaya raya hari ini adalah penikmat penikmat dasar tersebut. Sebab mereka tahu DEB sebenarnya telah menguntungkan sebahagian kecil sahaja orang Melayu. Kerana itu, mereka tidak ada mandat moral untuk bercakap menentang DEB. Secara diam diam, pemimpin Umno mahukan program ke-DEBian di teruskan.

Apa yang sudah berjaya di lakukan oleh Perkasa ialah mendedahkan keting Umno yang boleh di cantas. Ibrahim Ali has found Umno’s Achilles Heel.

Siapa nak jadi jurubicara wawasan Najib? MEB? 1 Malaysia? Program Transformasi, NKRA, KPI dan sebagainya? Jika tidak ada juru bicara, semua idea yang di lahirkan oleh pakar runding hanya akan di bahaskan dalam makmal yang di kelolakan oleh suatu sekolah pemandu khas( Pemandu).

Masaalah nya, Datuk Sri hanya ada makmal makmal yang belum memuktamadkan idea Datuk Seri. Jurubicara Datuk Seri pula ialah bukan tokoh politik. Team Najib mana? Itulah sebab nya, bila ada tekanan Datuk Seri Presiden hanya boleh berkata belum muktamad. Sebab itu juga, nama jolokan yang orang ramai beri kepada Datuk Seri PM ialah Najib TPM — tak pernah muktamad. Saya percaya, hal sebegini tidak ada sorang pun sampaikan kepada Datuk Seri.

Pergi ke mana pemimpin Umno yang lain?

Umno “forfeit” peranan nya sebagai penyambung lidah orang Melayu kerana presiden Umno tidak menampakkan ketegasan. Pimpinan Umno yang lain tidak faham dan/atau tidak berani bertentangan dengan akar umbi Melayu. Pemimpin Umno sedar bahawa jika mereka meng-alienasi akar umbi Melayu, mereka akan berkubur. Ini menyebabkan mereka takut.

Jika tidak mengapa pemimpin seperti Hishamudin yang di besarkan dalam persekitaran yang hampir serupa dengan Najib tidak banyak bercakap mengenai idea Najib? Kerana dia tahu idea Najib meng-alienasi orang Melayu sedangkan kalau ada peluang dia pun mahu jadi PM, mahu terus jadi naib presiden. Dalam persekitaran realiti politik hari ini, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Umno yang lain memikirkan lebih bijak untuk kekal dalam jalan yang konvensional.

Setakat ini Umno telah gagal meyakinkan orang Melayu bahawa ia mempunyai jawapan yang lebih baik untuk orang Melayu. Oleh yang demikian kebimbangan orang Melayu terus menjadi modal perjuangan Perkasa. Selagi kebimbangan orang Melayu tidak di selesaikan dan selagi keyakinan orang Melayu keatas komitment dan tekad Umno kepada orang Melayu tidak jelas, maka Perkasa akan terus menjadi suatu pilihan untuk suara orang Melayu.

Siapakah yang patut di persalahkan untuk keadaan demikian?

Kepada saya yang pertama sekali patut di salahkan ialah presiden Umno sendiri. Presiden Umno gagal memberi isyarat yang jelas dan tegas yakni bagaimana harus orang Umno menangani Perkasa? Kalau tidak ada isyarat yang tegas, maka lebih baik jangan kita bercakap pasal Perkasa.

Sejak saya menyentuh perkara Perkasa ini saya telah menyatakan bahawa Umno akan membunuh diri kalau ia menepikan dan meremehkan sokongan suara di belakang Perkasa. Saya bukan maksudkan sokongan Dr Mahathir, tapi suara orang Melayu biasa, yakni orang umum yang datang dengan baju Melayu, bersongkok dan bersampin ke Kongress Ekonomi Perkasa. Suara yang meluahkan bimbang nya orang Melayu sudah tidak ada apa apa lagi yang hendak di korbankan. Juga suara orang Melayu yang dengan berani melaungkan jika Umno dan Najib tidak mampu lagi menjaga kepentingan Melayu, elok saja berundur.

Inilah dia suara suara yang menyebabkan Presiden Umno mengenepikan teks ucapan yang disediakan. Inlah suara suara yang memaksa Najib menegaskan sebagai anak Tun Abdul Razak, dia tidak akan mebelakangkan DEB. Kepada saya, bila Najib menggunakan fakta bahawa dia anak Tun Razak sebagai jalan keluar, ianya bermakna Najib tidak terjawab isiu isiu yang di bangkitkan di Kongress Ekonomi Perkasa.

Umno kata kita berjuang untuk agama orang Melayu, Bangsa Melayu, Negara orang Melayu. Perkasa kata mereka pun berjuang untuk perkara yang serupa. Bagaimana kita membezakan program kita dengan program Ibrahim Ali? — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

No comments:

Post a Comment

All slanderous comments will be deleted .Comments that include personal attacks, and antisocial behaviour such as spamming and trolling; will be removed. You are fully responsible for the content you post. Please be responsible and stay on topic.