Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM  Tunku Abdul Rahman Putra
bertarikh 17 Jun 1969
Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969
Y.T.M.  Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat  kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku.  Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu  untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.  Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa  kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma  suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau  patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan  keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku  dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan  rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang  subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan  rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13  Mei.
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa  yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum  bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2  Melayu.
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai  pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2  China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak  ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang  ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah  di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan  orang Melayu.
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila  dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang  mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang  mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu  pemimpin yang salah pendapat.
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang  Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik  PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang  di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga,  anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime  Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan  dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2  polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis  untuk menchari kaki poker.
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada  Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang  mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua  golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.
Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2  Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera  dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku.  Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu  dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana  arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku  membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka  tidak akan menurut kata Tunku.
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul  kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose  control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan  puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada  tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan  turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu  hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang  sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin  sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah  lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat  nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang  bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan.  Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah  kata-kan.
Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak  perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata  begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS  kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi  Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah  Pakistani dalam tubuh badan patek.
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu  ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2  Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi  maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini  di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H.  Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno  tidak boleh?
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan  harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya  sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka  hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit  dan pedas.
Patek Yang Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
Any idea whether this letter is true ? since there are so many questionable spelling . Read this with an open mind .
What questionable spellings?? This is old Malay,before the 70's .
ReplyDeleteAh Moi
Ai Yoh !!! I have to cover my ass in case this letter is a bait . You know what I mean .....
ReplyDeletebahaya cukup bahaya!! sudah 50 tahun "kahwin" sudah bersedudukan lebih 100 tahun masih nak cari lubang siapa salah siapa betulkah?
ReplyDeletebuat masa sekarang kita perlu hadapi ekonomi dunia yang sedang tenak.